Percakapan Bahasa Malaysia

Selamat Pagi Malaysia!

Hari ini merupakan suatu hari yang hampir, yang nyaris-nyaris bersejarah, tetapi tidak bersejarah. Bukan maksud patik yang hari ini bukan hari yang penting, tetapi hari ini bukanlah hari bersejarah. Mengapa patik berkata demikian?

Ini adalah kerana hari ini adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke-49, Tuanku. Sudah 49 tahun negara berdaulat ini bebas dari belenggu penjajah, tetapi penjajahan itu meninggalkan kesan yang amat mendalam. Salah satu daripadanya adalah suatu bangsa Malaysia, yang belum lagi dapat membebaskan dirinya daripada kesan-kesan ini.

Rakyat-rakyat kita semuanya mempunyai suatu negara, tetapi kita masih terpisah kerana mengikut ethik kita sendiri. Sebagai rakyat dan anak Malaysia, bukankah hari ini merupakan suatu hari di mana kita patut bersatu dan menerima perbezaan antara kita (mengikut bangsa dan agama sendiri) daripada cuba menegaskan suatu bangsa lebih baik daripada yang satu lagi?

Selamat Harijadi, Malaysia.

6 Responses

  1. Edmund August 31, 2006 / 3:17 PM

    Hmm, you’re speaking as though u’re patriotic, unless you aren’t serious.

  2. Naoko Kensaku August 31, 2006 / 3:23 PM

    Saya berharap kalian tidak kisah saya menjawab dalam bahasa Malaysia (kerana hari ini ada cabaran untuk bercakap dalam bahasa Malaysia).

    Saya memang mencintakan negara saya dan bersedia berkhidmat untuknya. Percakapan saya di atas bukan bermaksud saya menyindir, tetapi harapan saya.

    Lagipun, hari ini adalah hari Kemerdekaan kita yang ke-49. Saya percaya sambutannya akan menjadi meriah pada tahun depan, iaitu tahun kita meraikan harijadi Malaysia ke-50.

    Saya berharap kata-kata tidak menyinggung kalian.

  3. Edmund August 31, 2006 / 4:48 PM

    Harapan sedemikian seperti apa yang terlantas dalam fikiran anda untuk menggunakan perkataan “patik”? Harapan? Atau…

  4. Naoko Kensaku August 31, 2006 / 6:49 PM

    *Ketawa*

    Maaf… terlalu asyik menggunakan bahasa Istana.

  5. The Eternal Wanderer August 31, 2006 / 9:27 PM

    *TERSENYUM LEBAR*

    Kamu ni hanya ingin menunjukkan kehebatan anda dalam Bahasa Malaysia ke? Gaya betul, lah, kamu ni! Asyik guna bahasa Istana ni untuk apa? Kamu ni mimpi nak jumpa dengan DYMM, ke? Ataupun sedang mimpi akan seorang putera tampan and gagah menunggang kuda putih datang melamar kamu? :D

    Apa sajalah!

    Hari ni, saya tak begitu rasa nak menyambut Hari Merdeka ni. Dah cukup ku meluahkan perasaanku dalam blog saya. Keadaan politik negara kita kian genting. Keadaan ni dah cukup memualkan. Harap-haraplah semua akan menjadi lebih aman and harmoni dalam masa yang akan datang…kalau tidak, takut bayangkan apa yang akan terjadi ketika pilihanraya umum nanti.

Comments are closed.