[Meme] Answer Only in Malay~

This will only make sense to the Malaysians, I think. :P


1. Bekas kekasih saya adalah :
Setahu saya, manusia.

2. Saya sedang mendengar :
Impian oleh Bayang Siam.

3. Mungkin saya patut:
Tidur. Mengantuk sial.

4. Saya suka :
merepek, bermain dengan orang bawahan saya (JAGA IMAGINASI ANDA OI), menganggu rakan sekerja, barangan comel, orang comel, membaca, menulis perkara-perkara yang tak masuk akal dan menjadi orang tak siuman.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah kawan yang tidak paham mengapa saya gila sangat. :D

6.Saya tak paham :
Mengapa perut saya tidak boleh mengambil susu. SAYA SUKA MINUM!

7.Saya kehilangan :
Keupayaan untuk menumpukan perhatian.

8.Ramai yang berkata :
Saya petah bercakap dan sebuah ensiklopedia yang boleh berjalan.

9.Makna nama saya:
Bermakna seorang yang berbudi. Dan terdiri daripada golongan atasan.

10.Cinta itu adalah:
Indah dan perlu untuk kebaikan kesihatan emosi yang tak tenteram semua manusia.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bermimpi.

12.Saya akan cuba :
Untuk membaikpulih komputer saya untuk bermain Cerita Maple.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
MAK OI LAMANYA.

14.Telefon bimbit saya :
Baru dibaiki. Dan dompet saya dikosongkan. ;_;

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya berfikir di mana saya. Dinding ini nampak macam pernah tengok je…

16.Saya paling meluat apabila :
melihat orang tak tahu pandu memandu laju dan orang yang tak boleh terima orang asing sebagai rakan seperjuangan.

17.Pesta/Parti adalah :
hidup sosial saya yang tak wujud.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Anak-anak haiwan. :3

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Sekarang.

20.Hari ini:
Saya menguap. Banyak kali. Kopi pun tak menolong. ;_;

21.Malam ini saya akan :
Bermain. Dan cuba untuk menyelesaikan masalah teknikal saya.

22.Esok pula saya akan :
Buat perkara sama.

23.Saya betul-betul inginkan :
Mencapai impian saya. Ianya hampir digenggam~

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Oh, jerawat itu dah hilang.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Sebuah tempat yang amat buruk kalau tak ada Para2.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dua-dua boleh? Saya lapar la.

27.Bilik yang terang atau gelap :
50%!

28.Makanan segera adalah :
Makanan yang menyelesaikan masalah tak tau nak makan apa.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Nak buka akaun twitter itu ke tak?

30.Siapa yang anda nak Tag?
Semua rakan sekerja saya yang bernama penulis tiru. :P Dan sesiapa lagi yang nak. XD

9 Responses

  1. Dynast June 18, 2009 / 8:57 PM

    …I like how almost everyone’s reply that I’ve read so far has been “Is that my face?” or “MY ACNEEEE”. XD

    • Naoko Kensaku June 19, 2009 / 12:51 AM

      It is simply the first thing girls notice I think. :P

  2. spiritaway June 18, 2009 / 9:54 PM

    *laugh* It’s like reading a direct english-malay translate answers ^__^

    • Naoko Kensaku June 19, 2009 / 12:51 AM

      Since part of my jobscope involves doing just that, you now know my secret! :P

  3. Neon June 18, 2009 / 11:00 PM

    *imaginasi MELAYANG~~~~*

    • Naoko Kensaku June 19, 2009 / 12:52 AM

      *menarik anda kembali ke bumi*

  4. Izzu June 19, 2009 / 2:34 AM

    Wakakakakak

    *Orang bawahan*….
    kakakakakkakaa

Comments are closed.