Governance, Poetry, Politics, Religion

[Poetry] Setiap Bayang Ada Cahayanya

Merunsing
Hatiku berpusing
Kegelisahan bertambah
Di ambang merdeka kini

Kekecohan
Di jalanan, mahupun di kampung
Di bandar dan di rumah
Semuanya gemuruh

Dalam kegelapan ini
Teringat suatu peribahasa
Di mana bayangnya, di situlah cahaya

Dengan cahaya wujudlah gelapan
Dalam sinaran adalah bayangnya
Untuk setiap yang inginkan kemusnahan
Wujudlah lebih ramai yang inginkan keamanan

Negaraku bukannya yang termoden
Negaraku mungkin terlalu runsing
Tapi yang adanya macha
Tiada warna, tiada sempadan

Mereka yang mementingkan diri
Terlalu inginkan kuasa dan wang
Sehingganya negara yang menjadi mangsa
Rakyatnya yang merana

Dalam bayangan wujudlah cahaya
Dalam runsingan wujudnya jawapan
Dalam kegelapan adalah harapan
Dalam rakyat adalah pendirian

Kepada mereka yang inginkan kemusnahan
Kepada mereka yang inginkan kuasa
Baliklah, iblis, ke nerakamu
Tinggalkan negaraku Malaysia sekarang!

Ditulis sempena Kemerdekaan Malaysia ke 53 dan Hari Malaysia ke 47. Inspired by a quote from the Mothership, “who would like to remind you that in this ever present darkness, there’s always someone nearby with a light. And if you’re willing, you can be that light.”