Bigotry at its best

Original article is here. Mirroring on this blog in case it gets taken down. Will post translation when my command of Malay and my disgust goes down.

MENOLAK BANGSA ATAU KAUM BERERTI MENOLAK FITRAH
Oleh: Ahmad Shah Bin Jamlus, Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang.

Bangsa dalam maksud bahasanya merangkumi aspek yang lebih luas dari maksud kaum. Ianya menjadi perbahasan ahli akademik dalam pengkajian ilmu kemasyarakatan dan perkumpulan manusia yang masih belum berkesudahan. Penditilan hal ini amat perlu bagi memungkinkan satu pengkajian yang ampuh dan kukuh.

Secara rujukan berkamuskan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, BANGSA bermasud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Manakala KAUM pula, puak atau suku bangsa.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa skop BANGSA lebih luas daripada KAUM.
Pendefinisian di atas penting, namun apa yang lebih penting adalah kefahaman yang menunjukkan bahawa manusia itu secara fitrahnya telah dijadikan berbeza-beza, walau dari kelahiran dari perut ibu yang sama.

Bermula daripada penciptaan manusia pertama iaitu Adam a.s, kemudian Hawa a.s yang pada awalnya di syurga, dengan dipendekkan kisah, maka keturunan Adam dan Hawa berkembangbiak dengan ramainya di atas muka bumi ini.
Ini dapat dibuktikan dengan kepelbagaian bangsa dan kaum yang dapat kita lihat dari dek kelainan warna kulit, bentuk rupa paras, besar kecil anggota tubuh, kerinting lurus rambut, hitam biru mata, pertuturan dan cara hidup. Barang kemungkinan kesan dari bentuk muka bumi, panas sejuk cuaca dan iklim, manusia terbahagi sedemikian.

Secara luarannya, manusia itu sangat berbeza dalam konteks yang telah disebutkan. Namun, mereka itu banyak persamaannya dari sudut dalaman. Ini dapat dibuktikan melalui roh, perasaan, nyawa, emosi dan jiwa. Hal-hal persamaan ini, secara zahirnya dapat diperhatikan dari sudut emosi misalnya, membina intonasi percakapan dan tinggi rendah pengucapan ketika bertutur, walaupun dengan berbahasa yang berbeza. Jika tidak, masakan si MELAYU boleh menitiskan air mata bila menonton babak kesedihan dalam filem-filem HINDUSTAN misalnya, sedangkan si MELAYU itu tidak faham sepatah habuk pun bahasa yang dipertuturkan dalam filem berkenaan.
Oleh yang demikian, secara mudah untuk berfikir akan perbezaan dan persamaan tersebut. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam dan ditil, sudah tentu ianya akan membuahkan medan ILMU yang sangat luas.

Merujuk panduan ILAHI secara termaktub yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar Muhammad s.a.w iaitu AL-QURAN, kisah awal kejadian manusia antara lain disebutkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30. Begitu juga terdapat surah-surah yang lain menjelaskan hal tersebut.
Merujuk hal pencitaan pelbagai bangsa, kaum dan puak ini, sudah dijelaskan dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13 yang bermakna sebagaimana di bawah;

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Jika kita perhatikan dalam Ayat ini, permulaannya disebut “Wahai umat manusia…”, ini dapat diperhatikan sebagai satu kenyataan yang universal atau amat menyeluruh sekali. Merangkumi orang-orang yang beriman dan juga sebaliknnya.
Penjelasan ini membuktikan bahawa, penghujahan ini ada untuk dikaji dan diteliti oleh semua manusia tentang kebesaran PENCIPTA mereka dalam KEKUASAAN penciptaan yang ingin dinyatakan selepasnya.

Setelah itu, dinyatakan bahawa manusia itu bermula dengan seorang lelaki iaitu Adam a.s dan kemudiannya Hawa a.s seorang perempuan dan daripada mereka berdua itulah kembangbiaknya manusia yang ramai itu.

Secara jelas pula, tanpa selindung dengan kenyataan tersirat bahawa sememangnya manusia itu dijadikan pelbagai bangsa, kaum dan puak bukan untuk perbalahan tatapi untuk saling berkenalan, kerana Allah mengetahui akan kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa atau kaum itu. Sehinggalah Allah menjelaskan bahawa sebaik-baik mereka itu adalah yang paling tinggi atau lebih taqwanya tehadap Allah s.w.t atau Pencipta dan Pentadbir sekelian alam jagat ini.

Untuk mencapai TAQWA itu, barang sudah pasti bahawa dituntut padanya ialah ISLAM, kerana daripada ISLAM itu timbul hal IMAN dan KEPERCAYAAN terhadap Yang Maha Esa.
Di sini, saya ingin kembali kepada artikel sebelum ini, maka MELAYU dan ISLAM itu tidak dapat dipisahkan. Ciri awal atau pertama dalam mencapai TAQWA telah dikukuhkan dalam Perlembagaan bernegara umat MELAYU di MALAYSIA dalam Perkara 160 memperuntukkan bahawa MELAYU mestilah ISLAM.

2 Responses

  1. Jha February 20, 2011 / 2:55 AM

    I can’t stop laughing!!!

    That is TERRIBLE logic! The fella is saying, “we are all humans, according to the Quran! THEREFORE, ALL MALAYS ARE MUSLIM!” The fuck?! XDDDDD Even a Rhetorics course couldn’t teach this kind of illogical reasoning to pass as reasonable!

    • Naoko Kensaku February 20, 2011 / 9:13 AM

      Well, he’s teaching BTN. They have some weird logic right there.

Comments are closed.